Sinopsis Ya, Cikgu!

Kehendak jiwa yang berbeza telah menimbulkan perbalahan antara Amin (Fadhli Masoot) dan bapanya, Cikgu Zaman (Khir Rahman).

Cikgu Zaman inginkan anaknya meneruskan legasi keluarga untuk memilih cikgu sebagai kerjaya walaupun Amin lebih cenderung untuk menceburi bidang seni.

Sahabat baik Amin, Medina (Trisha Ooi) juga bersependapat dengan Cikgu Zaman kerana Medina adalah guru praktikal di kampung itu. Amin tetap meronta-ronta untuk menceburi bidang seni dan sering menghadiri uji bakat lakonan.

Keadaan menjadi kecoh apabila Amin mengumumkan yang dia berjaya mendapat kerja sebagai cikgu tetapi di sebuah sekolah memandu. Bagaimanakah penerimaan Cikgu Zaman terhadap kerjaya Amin?